Wednesday, 4 March 2015

as salam...

ape khabar??  camne diet?? ade nampak perubahan tak?? kalau ada alhamdulilah.. tapi kalau takde, jangan la putus asa terus taknak buat... kadang2 bila kita berenti dari diet, frust tu terlebih sangat. pastu mula la nak balas dendam sebab tak dapat makan kan.. tu yang berat makin naik da tak turun2.

ok ari ni abg nak tunjuk something produk yang mane ada orang tau dan maybe ada yang tanya ape dia apple cider/ cuka epal.. Cuka Epal ini untuk mengurangkan kolestrol dalam badan..Apple Cider Vinegar  ini salah satu sumber makanan yang sangat popular di barat.
Apple Cider Vinegar adalah hasil campuran makanan sunnah seperti madu dan epal. Ianya penuh berkhasiat dengan kandungan fosforus, zat besi, chloride, sodium, kalsium, magnesium, silicon dan florid . Selain mengaktifkan proses penghadaman, bahan lecithin yang yang terdapat di dalamnya membantu meningkatkan metabolisma lemak dan menukarkan lemak menjadi tenaga . Lecithin juga bertindak membantu meningkatkan konsentrasi dan daya ingatan atau memori. Bahan aktif lecithin juga menolong membekalkan nutrien penting kepada folikel rambut sekaligus menyubur dan menguatkan rambut kita.Ia juga bertindak sebagai anti oksidan bagi menghalang proses penuaan kulit akibat pendedahan kepada pancaran UV selain berfungsi mencegah jeragat , binti-bintik hitam dan pelbagai masaalah kulit, terutama muka yang berminyak. Juga amat sesuai untuk badan yang berbau. haa lagi satu produk ni memang lulus untuk siapa yang nak diet atkins ok... amat2 membantu.

haa ni la rupe apple cider yang abg beli di kedai pak arab tadi. harga dia rm10 je.. kat luar maybe bole dapat around rm15-20. tapi kedai pak arab di ampang ni memang murah gila beb. abg selalu juga beli macam2 di sana untuk wife sebab dia pregnant kan. ok lain lain info pasal cuka epal ni boleh la view di sini(credit to epalvinegar.blogspot.com).. ok setakat ni entry untuk hari ini.. chill ya

Tuesday, 3 March 2015

as salam.

lama tak update rasenye. sebab abg punya wifi problem. nak pergi kedai mamak kang terbatal niat nak diet. tak pasal pasal "ANNEY MEGGI GORENG TULUR MATA SATU!". haha. abg memang tak boleh tahan kalau pergi kedai mamak ni. memang akan terbatal niat nak berdiet. apa lagi. baca doa buka diet la.. hahaha.. macam puasa pulak. so untuk mengelakkan dari perkara yang sama berulang, abg ke OLD TOWN WHITE COFFEE... wah currllass ko.. ala sebab nak pakai wifi die je.. ni OLD TOWN dekat AXIS kg Pandan.. haaa.. sape duk area situ.. meh nak tgk muke sikit..



 so oder la plain water dengan satu set roti bakar n telur separuh masak demi untuk menyedapkan hati owner restoren.. yelah dah la kaun duduk kat situ sampai 3,4 jam macam bertapa ilmu ape tah pastu oder pulak air kosong je.. mesti jauh di lubuk hati owner tu nanti rasa macam nak baling kau dengan buku menu. hahaha....

ni la ghopenye makanan yg abg pesan tu. tapi INGAT!!! jangan makan roti die walaupun ia merayu dan layu di tasik madu sebab kite ade target. so makan telur die je nak oi.. rase serba salah kat roti tu. ape salah die aku tak makan die. haha.. arini bukan cheat day ok.. ko nak cheat day ari ahad je okay. yang lebih tu bukan cheat da.. ok esok ag nak joging kat TASIK AMPANG.. jom ramai2 kite memenuhkan TASIK AMPANG.. kalo da penuh leh berenang kat situ sebab ade tasik.. kalo korang selera la kan hahaah. ok sampai sini je entry mengarut. esok koje... chill ya



*FYI, ARINI ABG TURUN SEKILO LAGI.. HIHI.. SAJE NAK TULIS PAKAI CAPS LOCK. HIHI